1 aliran 4 kelas. Aku mengajar kelas paling depan dan paling belakang.
Nampak ketara perbezaan mereka. Kelas depan lebih bersungguh belajar, menyiapkan kerja, kurang bermain-main dan menghormati guru.
Kelas belakang pula belajar main-main, malas menyiapkan kerja dan tidak menghormati guru.
Terlalu bersungguh-sungguh marah atau terasa hati, kelak memakan diri. Guru akan diserang penyakit jantung dan darah tinggi.
Jalan selamat; ajar mereka yang mahu belajar, iaitu murid yang ada buku, mahu menulis dan rajin. Abaikan mereka yang malas, asalkan tidak mengganggu murid yang mahu belajar.
Saturday, October 5, 2019
Monday, September 30, 2019
Keadilan VS Sama Rata
Adil dan sama rata, itu berbeza.
Mungkin seakan sama tapi tak serupa.
Berlaku adil itu meletakkan sesuatu pada tempatnya. Antonimnya ialah zalim.
Sama rata itu sama, dan rata. Sama tugasan, tanggungjawab dan pemberian.
Walhal, pemberian RM100 kepada anak yang berbeza umur, ialah sama rata. Tetapi tidak adil. Kerana keperluan mereka berbeza.
Guru yang mengajar Tahap 1, Setiausaha dan Ketua Panitia, mereka ada bidang tugas dan tanggungjawab tersendiri. Tidak adil jika diwajibkan semua guru hadir taklimat atau mesyuarat jika ia hanya untuk segolongan atau segelintir guru sahaja.
Ia sama rata tapi, tidak adil.

Subscribe to:
Posts (Atom)